Tempahan dari Adilla dari Jengka, pertama kali produk NN Craft menggunakan perkhidmatan Poslaju.. alhamdullilah.. sampai dengan selamat yang penting keadaan bouquet serta coklat sedia cantik seperti mula..
Bunga Tangan buat Pengantin telah ditempah oleh Cik Ayu buat kakaknya pada majlis perkahwinanya. Dengan ikatan rekaan sendiri bagi membezakan jambangan bunga coklat biasa.
New Design dari NN Craft. Tempahan Bunga Tangan buat Pengiring Pengantin dari Cik Ayu buat kakaknya yang bakal melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Dengan Ilham NN Craft cuba membuat design yang berlainan utk membezakan Hand Chocolate Bouquet.
Bunga tangan buat Pengiring cilik iaitu - 5 pcs lolichoc rose.
Tempahan dari Ms. Boo bagi pihak suami kawannya sendiri iaitu Ms. Si Ting nak buat surprise pada Hari Valentines. Bouquet di ubah dengan 9 pcs Teddy Bear, Coklat Forrero dan Lolipop. Terima kasih Ms. Boo.
Terima kasih buat semua pengunjung serta pelanggan yang telah berkunjung malah membeli produk2 dari NN Craft semasa Karnival Perkahwinan diadakan di Kuantan Parade. Memang luar biasa malah tak sangka ramai pengunjung yang berkunjung di ruang tapak niaga NN Craft pada hari tersebut. Malahan hari pertama sudah pun menerima tempahan. Pada hari tersebut NN Craft membuat banyak harga promosi buat semua produk yang dijual pada hari tersebut.
Dibawah adalah tatapan buat semua pengunjung blog NN Craft & Chocolates ini.